Kisah tercetusnya Sushi Halal Malaysia, Sushika.

Sushika bermula dari rumah ketika pengasas Sushika, Atiqah dan suaminya tercari cari peluang pendapatan setelah mengalami beberapa cabaran dalam hidup mereka yang ketika berusia 26 tahun dan mempunyai 2 orang anak dan sedang sarat mengandung. Mereka hanya bermula dengan modal RM 100 dan mula menjual sushi di pasar malam selama 3 bulan. Menyedihkan, ketika itu, mereka hanya mampu menjual 8 roll sahaja sehari.

Tidak putus asa, ada satu lagi kejadian yang membuatkan mereka bangkit berniaga dengan lebih serius 100{922f7617c2653fe8c042117264069fc28734a35d7881a26ffee34142d8e3529a} menerusi pasaran online. Kejadian yang berlaku ketika itu adalah mereka mendapat salah faham masa dari satu event di Putrajaya, mereka sampai pada jam 2 petang di event, namun jam 2 petang event tu dah habis! Sedih dan kecewa ketika itu Atiqah dan suami membawa 30 roll sushi, yang bagi mereka amaun yang sangat banyak. Dengar pun dah merasa kesedihan tu, tapi ketika itu mereka cuba update tentang mereka sebenarnya berniaga sushi , dan siapa nak order mereka boleh buat penghantaran dengan segera. Dengan izin Allah, 30 roll sushi habis selepas mereka iklankannya ke Facebook. Dari situ bermulalah Sushika meneruskan legasi mereka secara online sepenuhnya.

30 roll sushi habis selepas mereka iklankannya ke Facebook. Dari situ bermulalah Sushika meneruskan legasi mereka secara online sepenuhnya.

Jualan sehari pada tahun 2016 hanya 8 roll, untuk tahun 2017 ia meningkat 10 kali ganda dengan 80 roll sehari , 2019 sebanyak 500 rolls berjaya dijual setiap hari dan Sushika mensasarkan untuk mencapai jualan 1500 rolls sehari bermula 2020 dan menjangka peningkatan sales yang luar biasa melalui pelbagai plan marketing yang akan dilaksanakan nanti. Ianya termasuk servis pakej catering untuk jamuan makan, meeting di pejabat dan juga kenduri serta sambutan hari lahir, dan juga tidak lama lagi Set Sushi Box Raya Aidilfitri akan dilancarkan.

Apa yang uniknya Sushika?

Sushika tidak sama seperti brand lain di luar sana. Resipi yang dihasilkan sudah diinovasikan khas sesuai untuk selera tempatan dan juga Sushika mensasarkan peminatnya yang tersendiri yang tidak suka makan Sushi yang mentah atau diragui status halalnya. Kebanyakan pelanggan Sushika adalah dari yang tidak pernah makan sushi langsung namun kemudian menjadi peminat yang setia sushi halal viral di Selangor ini.

Sushika sudah bergerak aktif ke kawasan di luar Selangor seperti Johor, Melaka, Perak, Kelantan mengikut jadual trip tertentu yang diumumkan di Facebook page Sushika dan IG sushika_hq.

10 sebab Kenapa Sushika menjadi pilihan pelanggan setia kami dan pelanggan yang baru.

  1. Rasanya mengikut citarasa melayu, pedas, masam, manis, masin bersatu kena dengan tekak orang kita.
  2. Saiznya yang sangat besar. Berbaloi untuk di makan sekeluarga dan bersama kawan kawan.
  3. Intinya besar, padat, tak kedekut. Pendek kata puas hati rasa dan makan.
  4. Sushi di masak sepenuhnya. Ibu mengandung, kanak kanak boleh makan.
  5. Terdapat pilihan pedas dari sushi sambal dan octopus prime dan tidak pedas dari sushi tuna, udang, satay, serunding, ayam teriyaki.
  6. Terdapat pilihan makanan laut dan bukan makanan laut.
  7. Dibuat 💯 oleh orang Muslim, dan halal.
  8. Sushi kami sudah diterima oleh pelanggan selama lebih 3 tahun.
  9. Sushi kami dalam packaging menarik, mudah di bawa untuk berkelah, jamuan makan dan sebagainya.
  10. Sushika merupakan pencetus Sushi Melayu Pertama di Klang Valley dan kami mengeluarkan rasa Unik, one of a kind dan tidak sama dengan jenama lain.
Tempah secara Whatsapp!
Tempah Secara Whatsapp
Hai! Kami sedia mengambil tempahan anda bagi Delivery/Pickup/Trip Luar Kawasan