Cara Pembelian dan Soalan - Soalan Lazim

Kali terakhir dikemaskini pada 18 Mac 2020.

Bagaimana cara membuat tempahan Sushika ?

1.Sushika beroperasi dengan tempahan 1 hari preorder lebih awal.Pembayaran tempahan perlu dilakukan sebelum jam 1 petang (sebelum slot full) setiap hari untuk penghantaran keesokan harinya dari jam 10 pagi hingga 5 petang mengikut turutan.

** Penghantaran pada bulan Ramadan adalah pada jam 2-6 petang

Jika pembayaran dibuat selepas jam 1 petang, penghantaran akan dilakukan pada hari delivery seterusnya.

Sushika beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Isnin tiada penghantaran). Namun demikian, jika Sushika tidak beroperasi untuk penghantaran kerana cuti umum, cuti tertentu , ia akan dimaklum di HOMEPAGE website.

Contoh  situasi :

-Tempahan yang dibuat pada Hari Selasa jam 8 pagi, Item yang ditempah akan dihantar keesokan harinya (Rabu) di antara jam 10 pagi hingga 5 petang.

Jika tempahan yang dibuat selepas jam 1 petang/slot tempahan telah penuh, ia akan di masukkan ke dalam slot penghantaran hari seterusnya iaitu Khamis.

-Pada cuti umum atau cuti tertentu yg dimaklumkan Sushika di HOMEPAGE, penghantaran akan dilakukan kepada hari penghantaran paling terdekat.

2.Pihak HQ akan memberitahu jika tambahan wang untuk “space runner" untuk belian yang melebihi kuota atau jika melebihi kawasan kilometer kepada pelanggan walaupun setelah pembayaran secara online berjaya.

 

Cara Membuat Belian Melalui Website Sushika?

Tekan Produk > Sushi> Pilih Sushi Pilihan > Add to Cart > Checkout > Isi Maklumat dan Daftar > Isi Kod Kupon Jika Ada > Teruskan Ke Shipping Method > Sahkan Pembelian dengan Menghantar.

Minima pembelian adalah 2 roll Sushi untuk order diproses dan dihantar.

Di mana kah kawasan penghantaran sushika?

Sushika membuat penghantaran di kawasan KL/Selangor/Putrajaya seperti yang ditetapkan @sushika_hq. Anda boleh menyemak jika kawasan anda adalah termasuk dalam kawasan penghantaran di website di bahagian “Check if your location is covered" atau dengan memasukkan alamat ketika check out.

**Pihak HQ akan memberitahu jika tambahan wang untuk “space runner" untuk belian yang melebihi kuota atau jika melebihi kawasan kilometer kepada pelanggan walaupun setelah pembayaran secara online berjaya.

Sushika ada membuat penghantaran luar negeri dan daerah (Semenanjung) setiap bulan.

Untuk trip luar kawasan seperti ke negeri lain di Semenanjung, anda boleh melihat di bahagian LOKASI TRIP MEET & GREET.

Trip terbaru akan dikemaskini dari masa ke masa.

Trip tidak boleh ditempah di website.

Anda boleh terus berhubung dengan SALES TEAM di bawah untuk penghantaran luar daerah/negeri :

Zarina : 0187664394

Nadirah : 0183724394

Atiqah : 0182754394

Jadual Penghantaran

Jadual Penghantaran adalah dari jam 11 pagi hingga 5 petang mengikut turutan dan jika anda mempunyai masalah berkenaan masa, sila nyatakan pada Admin untuk rujukan segera.

*Jadual penghantaran di bulan Ramadan adalah bermula 2-6 Petang.

Bolehkah saya membeli Sushika dan menerima pada hari yang sama?

Tidak. Tempahan Sushika perlu dibuat 1 hari lebih awal sebelum jam 1 petang setiap hari Isnin hingga Ahad.

Bilakah saya boleh membuat tempahan Sushika?

Anda boleh membuat tempahan Sushika di website setiap hari dan tanpa batasan masa , namun tempahan akan di proses pada waktu Sushika beroperasi iaitu :

Selasa – Ahad Jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanakah saya membuat pembayaran Sushika ?

Pembayaran boleh dibuat secara online selepas menghantar tempahan menggunakan kad kredit, debit kredit atau online banking.

Tempahan hanya akan diproses setelah pembayaran diterima.

Bagaimana mengetahui status order ?

Status Order akan dikemaskini dengan nota dari pihak admin website kepada email pelanggan.

Sila semak email untuk mengetahui update semasa.

Anda juga boleh menjejak order di bahagian Track Order.

Bagaimana menghubungi Sushika jika terdapat pertanyaan ?

Anda boleh menghubungi no talian whatsapp 018-7684394 untuk sebarang pertanyaan

Jika terdapat aduan, anda boleh mengisi borang aduan di bahagian Aduan.

Adakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Sushika adalah mentah seperti tipikal sushi jepun?

Tidak, bahan-bahan Sushika adalah 100{922f7617c2653fe8c042117264069fc28734a35d7881a26ffee34142d8e3529a} dijamin masak sepenuhnya dan sumber yang halal.